selamat datang ke blog saya

lihatlah........sudi-sudikanlah
membacanya......

Wednesday, September 29, 2010

Izz faril daniel bin muhammad Izhar Amirin

 d giant tg agas.


si kecil yang dah mula mengorak langkah. hari ini dia mula belajar berdiri dan lepas tangan. semenjak balik raya tempuh hari dia dah belajar duduk dan mula nak berdiri sendiri. pantang melihat orang makan atau mengunyah makanan , dia pun nak mengunyah sama.

Dekat seminggu dia tidak sihat. Demam dan selsemanya sudah reda, tetapi batuknya masih belum hilang. Semalam kami membawanya berjumpa doktor, tetapi keadaannya semakin tidak selesa. Sentiasa terjaga kerana batuk, tambahan pula cuaca yang panas malam tadi kerana hendak hujan. Kesian ibunya yang tidak cukup tidur.

Semakin dekat masa nak balik ke Miri, sakitnya menjadi-jadi, jadi serba tak kena. Dia mungkin nak kena campak, nak tumbuh gigi, nak merangkak dan berdiri dan sibuk juga nak bercakap bahasa dia. Semuanya nak d lakukan serentak, kanak-kanak hiperaktiflah katakan.

Di harapkan selepas ayahnya sampai dari miri, dia akan segera sembuh. Esok dia akan balik ke kl dan hari isnin dah berangkat balik ke miri, tinggallah si atok menunggu bilakah lagi dia akan datang. Dharapkan ibubapanya bersabarlah dengan dugaan ini. Dan semoga sikecil cepat sembuh. Atok d sini doakan yang baik-baik saja untuk kalian.

1 comment: