selamat datang ke blog saya

lihatlah........sudi-sudikanlah
membacanya......

Wednesday, November 3, 2010

pentingkah aku........kalau x suka boleh sekat!!!!!!!!!!

Manusia ni memang susah di ramal hatinya, kekadang kita menganggap kawan tetapi sebaliknya. Ada yang lebih-lebih berkata-kata sampai tak terlayan, ada yang senyap sunyi, nadinya pun tak kedengaran, ada yang sombong langsung tak boleh di tegur. Ada yang bangga jadi orang muda sangkanya diri takkan tua, ....

Di pentas maya ini kita berinteraksi, yang suka, yang duka di kongsi bersama bukan cari permusuhan atau untuk lepaskan geram. Kalau ada yang bermanafaat eloklah disebar-sebarkan. Dalam kesibukan seharian ruangan sebegini di gunakan untuk menjalinkan perhubungan yang lebih erat. maka di sinilah juga kita boleh tau samaada orang itu perlukan kita atau tidak! atau dengan kata lain penyebok?

Dan terima kasih kepada yang sudi untuk berinteraksi.

Tuesday, October 26, 2010

manik & labuci

sekarang ni tengah gila nakjahit manik & labuci.........kalau ada sesiapa nak tempah bolehlah.

Friday, October 1, 2010

Adik beradikku

           Rasanya aku sangat beruntung mempunyai adik beradik yang boleh di katakan begitu perihatin. Semasa kecil kakakku Ajar lah seorang yang tersangat bertanggungjawab membesarkan adik-adik di samping suatu ketika dia membantu menyara hidup  kami. Kalau hendak di kenang jasanya terlalu besar dan tak dapat di balas hingga kehari ini. Dia seorang yang rela berkorban ape saja demi adik-adiknya. Mendidik kami dalam menguruskan diri dan persekolahan kami.Dia adalah kakak yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.Dia tidak berpeluang bersekolah seperti kami.Walaupun sekarang dia tidak sesempuna dahulu.
           
          Pada adik-adikku pula yang mana banyak menumpahkan tenaga dan berjasa kepadaku, x mungkin dapat aku tandingi dan x dapat di balas pengorbanan mereka semua terutama elin yang telah menjaga aku dan keluarga semasa aku dalam pantang dan di masa aku terlantar sakit dan x mampu berdikari ketika itu. Apa yang tersangat penting sikapnya dan caranya menjadikan aku bermuhasabah dan berubah, dia berdakwah melalui cara hidupnya seharian .Walaupun dia cuma seorang adik, aku malu dengan kemampuannya* tenang dan sabar, menjadi pendengar yang setia dgn kata2 nasehat yang boleh diterima pakai.

         Ikin telah menjaga aku sewaktu dalam pantang bersalin dayang dan ayu. Yang demikian aku terhutang budi padanya kerana x dapat membalas jasa  tersebut hingga ke hari ini. Dia sememangnya yang paling rapat dan sangat susah untuk berpisah selapas aku berkahwin. Walaupun semasa kecil kami saling bergaduh pasal kerja-kerja rumah. Ambil masa bertahun juga untuk membiasakan diri tanpanya.Tempat jatuh lagi dikenang inikan teman bermain.

         Zam-zam , dia adik perempuan yang paling bongsu akan tetapi dia mampu menjaga abah, emak dan kakak. Walaupun ketiga-tiganya mempunyai kerenah masing-masing. Dia seorang anak yang sangat sabar dalam mengelolakan semuanya di samping sebagai seorang isteri. Suaminya Arifin seorang yang bertolak ansur dan memahami bebanan tugas isterinya. Juga mengulurkan bantuan jika diperlukan. Mungkin nama Zam-zam itu sangat sesuai untuk dia dan sejuk.

        Kacul dia adik yang paling bongsu, namun dia bertindak seolah-olah dialah yang paling tua dalam keluarga kami. Dia juga menjaga emak di kala sakit selama lebih kurang 4 bulan, samaada di hospital maupun ketika keluar dari hospital. Walaupun semasa kecilnya ketiga-tiga adiku di asuh oleh kakakku Ajar, namun sebagai seorang anak yang soleh dia merasa terpanggil untuk menggalas tanggungjawab menjaga emak yang sedang tenat.Semua kerja-kerja perniagaannya di tinggalkan apabila berada di sesuatu keadaan yang sangat memerlukan. Isterinya kurang mendapat perhatian oleh sebab tumpuan utamanya adalah emak. Isterinya juga seorang yang penyabar dan ringan tulang. Selepas mak meninggal, abah pula jatuh sakit yang selalu saja pengsan disebabkan darah tinggi dan lemah jantung.  adik-beradikku Zailan,Zam-zam dan,Shamsul yang x menang tangan menguruskan semuanya, sehinggalah abahku menutup mata. Di masa itu aku masih berkerja di StMuar.Hanya sesekali aku dan keluarga serta adik-beradik yang lain menjengok mereka jika ada waktu terluang.

        Kini kakakku tinggal bersama abangku Zailan, diam x diam sudah menjangkau 6 ke 7 tahun di rumahnya di bakri. Dia mungkin selesa di situ. Kini segala tanggungjawap itu di pikulnya sendirian.  Kepada semua adik beradikku jutaan terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan, semoga Allah swt memberkati dan membalas segala amalan baik yang telah kamu semua kerjakan. Di saat aku menulis rencana ini hatiku sangat sebak, walaupun kamu melihat aku seorang yang kelakar.

        Adik beradikku yang lainnya, janganlah berkecil hati, aku  menulis apa yang aku tahu dan alami dan jika ada perkara yang di luar pengetahuanku,....aku minta maaf, takut kalau-kalau tersalah tulis.

Hijjaz-Taubat

Wednesday, September 29, 2010

Izz faril daniel bin muhammad Izhar Amirin

 d giant tg agas.


si kecil yang dah mula mengorak langkah. hari ini dia mula belajar berdiri dan lepas tangan. semenjak balik raya tempuh hari dia dah belajar duduk dan mula nak berdiri sendiri. pantang melihat orang makan atau mengunyah makanan , dia pun nak mengunyah sama.

Dekat seminggu dia tidak sihat. Demam dan selsemanya sudah reda, tetapi batuknya masih belum hilang. Semalam kami membawanya berjumpa doktor, tetapi keadaannya semakin tidak selesa. Sentiasa terjaga kerana batuk, tambahan pula cuaca yang panas malam tadi kerana hendak hujan. Kesian ibunya yang tidak cukup tidur.

Semakin dekat masa nak balik ke Miri, sakitnya menjadi-jadi, jadi serba tak kena. Dia mungkin nak kena campak, nak tumbuh gigi, nak merangkak dan berdiri dan sibuk juga nak bercakap bahasa dia. Semuanya nak d lakukan serentak, kanak-kanak hiperaktiflah katakan.

Di harapkan selepas ayahnya sampai dari miri, dia akan segera sembuh. Esok dia akan balik ke kl dan hari isnin dah berangkat balik ke miri, tinggallah si atok menunggu bilakah lagi dia akan datang. Dharapkan ibubapanya bersabarlah dengan dugaan ini. Dan semoga sikecil cepat sembuh. Atok d sini doakan yang baik-baik saja untuk kalian.

teman-teman lepak d sekolah

           (Wan anak lizah), Lizah, Yan, Idah, (Qalisha anak lizah) dan Norly, Seorang lagi kawan Leha, tiada d dlm gambar kerana ibu mertuanya kembali ke rahmatullah, d ucapkan takziah kpd beliau dan keluarga.

        biasanya keluar ke sekolah jam 12.30 tgh.
pasal nak rebut parking, bukannya ape sangat .kalau lambat sikit saja dah penuh sampai jalan utama, itu yang malas nak kena parking sampai ke luar jalan.
 
                                           

          Di samping ada masa juga nak berbual-bual dgn kkawan sambil menunggu anak masing-masing. kita ni suri rumah bukannya ada masa nak bersembang dgn kengkawan, kalau tidak jumpa kawan di sekolah rindu juga rasanya. hendak-hendak kalau bertemu cuti sekolah yang panjang. Kalau dapat berbual dgn kawan tu hilanglah juga perkara-perkara yang berserabut. Kalau tidak di sini pada waktu lain , jumpalah kengkawan ahli pakatan yasin (pwst) atau d face book.
         
        

Saturday, September 25, 2010

ahlan wa sahlan

dah lama nak belajar cara membuat blog ni,
oleh kerana ada cikgu yg nak mengajarnya lagilah bersemangat.
bukannya apa masa muda-muda dulu tak de lagi benda-benda ni,
kalau ada pun cuma org tertentu saja yg mampu melakukannya.
walaupun agak terlewat untung juga berkesempatan untuk taulah
serba sedikit tentang dunia siber ni. x lah ketinggalan sangat.