selamat datang ke blog saya

lihatlah........sudi-sudikanlah
membacanya......

Wednesday, February 2, 2011

harapan baru untuk bangsa ku.

Dalam negara yang pesat membangun, walaupun kita 1 Malaysia semangat persaingan tetap ada.Kalau di lihat ada ramai dari kalangan orang-orang melayu yang giat untuk meningkatkan taraf hidup. Cuba kita lihat perniagaan banyak di monopoli oleh orang-orang cina, melayu hanya di tepian saja. Apa kata kalau banyak perusahaan besar di monopoli oleh orang kita sebagai contoh:

-Ternakkan lembu, kambing dan ayam di miliki oleh orang melayu
-hasil daging di proses menjadi makan segera di miliki oleh orang melayu
-pekerjanya orang melayu
-pasarannya orang melayu
-pemborongnya orang melayu
-peniaganya orang melayu
-pelanggannya orang melayu

begitu juga dengan barangan atau perniagaan yang lainnya. Adakah hartawan-hartawan melayu yang sanggup membiayai atau memiliki syarikat-syarikat kecil yang mana menaikkan taraf orang-orang melayu itu sendiri. Dengan ini kuranglah pergantungan kepada pembekal-pembekal asing dan pekerja-pekerja asing. Saya rasa amat bangga melihat orang-orang melayu berjaya - sekadar pandangan.