selamat datang ke blog saya

lihatlah........sudi-sudikanlah
membacanya......

Wednesday, September 29, 2010

Izz faril daniel bin muhammad Izhar Amirin

 d giant tg agas.


si kecil yang dah mula mengorak langkah. hari ini dia mula belajar berdiri dan lepas tangan. semenjak balik raya tempuh hari dia dah belajar duduk dan mula nak berdiri sendiri. pantang melihat orang makan atau mengunyah makanan , dia pun nak mengunyah sama.

Dekat seminggu dia tidak sihat. Demam dan selsemanya sudah reda, tetapi batuknya masih belum hilang. Semalam kami membawanya berjumpa doktor, tetapi keadaannya semakin tidak selesa. Sentiasa terjaga kerana batuk, tambahan pula cuaca yang panas malam tadi kerana hendak hujan. Kesian ibunya yang tidak cukup tidur.

Semakin dekat masa nak balik ke Miri, sakitnya menjadi-jadi, jadi serba tak kena. Dia mungkin nak kena campak, nak tumbuh gigi, nak merangkak dan berdiri dan sibuk juga nak bercakap bahasa dia. Semuanya nak d lakukan serentak, kanak-kanak hiperaktiflah katakan.

Di harapkan selepas ayahnya sampai dari miri, dia akan segera sembuh. Esok dia akan balik ke kl dan hari isnin dah berangkat balik ke miri, tinggallah si atok menunggu bilakah lagi dia akan datang. Dharapkan ibubapanya bersabarlah dengan dugaan ini. Dan semoga sikecil cepat sembuh. Atok d sini doakan yang baik-baik saja untuk kalian.

teman-teman lepak d sekolah

           (Wan anak lizah), Lizah, Yan, Idah, (Qalisha anak lizah) dan Norly, Seorang lagi kawan Leha, tiada d dlm gambar kerana ibu mertuanya kembali ke rahmatullah, d ucapkan takziah kpd beliau dan keluarga.

        biasanya keluar ke sekolah jam 12.30 tgh.
pasal nak rebut parking, bukannya ape sangat .kalau lambat sikit saja dah penuh sampai jalan utama, itu yang malas nak kena parking sampai ke luar jalan.
 
                                           

          Di samping ada masa juga nak berbual-bual dgn kkawan sambil menunggu anak masing-masing. kita ni suri rumah bukannya ada masa nak bersembang dgn kengkawan, kalau tidak jumpa kawan di sekolah rindu juga rasanya. hendak-hendak kalau bertemu cuti sekolah yang panjang. Kalau dapat berbual dgn kawan tu hilanglah juga perkara-perkara yang berserabut. Kalau tidak di sini pada waktu lain , jumpalah kengkawan ahli pakatan yasin (pwst) atau d face book.
         
        

Saturday, September 25, 2010

ahlan wa sahlan

dah lama nak belajar cara membuat blog ni,
oleh kerana ada cikgu yg nak mengajarnya lagilah bersemangat.
bukannya apa masa muda-muda dulu tak de lagi benda-benda ni,
kalau ada pun cuma org tertentu saja yg mampu melakukannya.
walaupun agak terlewat untung juga berkesempatan untuk taulah
serba sedikit tentang dunia siber ni. x lah ketinggalan sangat.